Ahad, 23 September 2012

Latarbelakang Ringkas Program



ANDA BOLEH DIDAKWA DIBAWAH AKTA 114A SEKIRANYA MENULIS KOMEN
 YANG MELANGGAR 
UNDANG-UNDANG NEGARA



Sebelum lahirnya Program Remaja Cergas, Pengasas Program iaitu Encik D.H. Mil Rahman Biok atau Pa’Man merupakan seorang aktif dalam NGO Belia, NGO Beruniform dan NGO Rekreasi Sosial. Pada tahun 2003, Pa’Man yang baru sahaja lulus sebagai Pemimpin Rekreasi Luar oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia ingin membuat tugasan khas untuk mendapat lantikan sebagai Jurulatih Rekreasi Luar. Memandangkan Pa’Man seorang sukarelawan dan  Penggerak Rekreasi Rakan Muda, maka perbincangan dengan Pegawai Belia & Sukan di Pejabat Pantai Barat iaitu Tuan Haji Idris Hj. Thaufeck maka program memperkasakan Program Rakan Muda Gaya Hidup Rekreasi telah dilaksanakan di mana pada ketika itu Pihak Jabatan Belia & Sukan menjadi Rakan Kerjasama dan menaja Sijil Penyertaan sahaja manakala yuran penyertaan adalah dari RM2 hingga RM50. Program tersebut Berjaya mendapat sambutan luar dugaan hingga mencecah hampir 600 peserta pada tahun 2004. Namun begitu sewaktu program Summer Camp Singkat Rakan Muda pada Mei 2004, Biarpun telah diberi penjelasan oleh kakitangan Jabatan Belia & Sukan Hajjah Siti Rahimah bahawa pihak Jabatan tidak ada memberi bantuan  sesen pun  kewangan kepada kumpulan pensabotaj ,Pa’Man telah disabotaj oleh kumpulan peserta  kepercayaan beliau yang memfitnah Pa’man menyeleweng wang yuran penyertaan menuduh Pa’ Man membeli motorsikal baru sedangkan motorsikal tersebut adalah pinjaman dari bengkel motorsikal iaitu  Mika Bike  yang membaiki motorsikal Pa’Man akibat kerosakkan teruk. Akibat tindakan tersebut, maka Pa’ Man telah melaporkan perkara tersebut kepada Pihak Polis dan mereka yang mensabotaj telah ditahan beberapa jam untuk siasatan.
Para peserta ini telah dilindungi oleh seorang wanita dan merupakan ibu kepada salah seorang  ahli kumpulan tersebut di mana kes berkenaan  dilaporkan kepada Pengarah Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah. Pa’Man juga telah bertemu dengan seorang Guru SM La Salle bagi memberi penerangan tentang kes tersebut secara Professional. Akibatnya, Program Anugerah Remaja Rakan Muda yang baru hendak diperkenalkan telah dihentikan manakala program Rakan Muda yang dipelopori Pa’Man dihentikan serta merta. Pada masa itu hanya sedikit sahaja para peserta  yang mempercayai Pa’Man. Berikutan itu, maka ramai para peserta yang inginkan Pa’ Man menganjurkan aktiviti rekreasi luar tapi tidak dapat dianjurkan akibat program Rakan Muda Pa’Man dihentikan serta merta.
Selama 2  bulan berehat dan berhenti menganjurkan aktiviti, maka Pa’Man merangka satu Program untuk aktiviti golongan Remaja iaitu Program Remaja Cergas.Bagi menghindarkan sabotaj, maka Pa’Man telah menubuhkan Syarikat Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise.( Yang mana dalam bahasa arab Al-Mukmin bermaksud yang Memelihara manakala A-Malik pula yang Merajai).Syarikat tersebut telah didaftarkan dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Sabah ( ruj. Pendaftaran DIG/018/0052 ) dan bebas mengenakan yuran . Syarikat kecil ini dimiliki oleh Pa’Man sepenuhnya dengan singkatan nama AmX2E.Syarikat ini jugalah yang menjadi Badan Berkuasa Program Remaja Cergas. Apabila syarikat ini ditubuhkan, maka Program Remaja Cergas mula menganjurkan aktivitinya.
Sewaktu kali pertama menganjurkan aktiviti, rupanya kumpulan pensabotaj masih lagi mengganggu Pa’ Man. Pada ketika itu mereka telah segera  membuat aduan di Jabatan Belia & Sukan. Selepas aktiviti XPDC Singkat Remaja Cergas dijalankan. Pa’Man sekali lagi dipanggil oleh Pegawai Jabatan Belia & Sukan iaitu Tuan Haji Idris Bin Haji Thaufeck. Namun kali ini Pa’Man telah membawa dokumen penting tentang aktiviti yang dianjurkan adalah tiada kena mengena dengan Jabatan Belia & Sukan ataupun Rakan Muda kerana ianya merupakan aktiviti syarikat swasta dan aktiviti tersebut telah dimaklumkan kepada Pihak Polis. Pegawai tersebut amat berpuashati dengan dokumen seperti lesen Perniagaan, salinan insuran,yuran penyertaan, latarbelakang program  serta borang penyertaan .
Selepas kes tersebut, Pa’Man bebas menganjurkan aktiviti Program Remaja Cergas dan telah mendapat liputan akhbar yang meluas pada Jummat 13 Ogos 2004.
Pada tahun 2005, Pa’ Man telah Berjaya menganjurkan Perkhemahan Besar iaitu Summer Camp Remaja Cergas pertama. Pada masa itu, seramai 100 orang peserta yang hanya dijaga Pa’Man dan En. Hamimi sahaja tanpa AJK disebabkan ramai AJK menghadapi peperiksaan di sekolah. Mungkin disebabkan kebenaran dan niat murni Pa’Man menghindarkan golongan Remaja daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat, 2 orang ahli kumpulan Sabotaj telah menyaksikan sendiri program tersebut sewaktu peserta berkumpul di Klinik Kesihatan Menggatal.
Sejak kejayaan pertama ini, maka Pa’Man Berjaya meneruskan anjuran aktiviti Program Remaja Cergas hingga mencecah ratusan peserta. Pa’Man juga telah menerima permintaan dari IPT seperti Polieteknik dan Kolej Cosmopoint.Bahkan Pa'Man pernah menganjurkan perkhemahan di Dearah Beaufort.
Program Remaja Cergas juga telah Berjaya mengabungkan beberapa organisasi sebagai Rakan Kerjasama iaitu :
Al-Mukmin & Al-Malik Enterprise ( Badan Berkuasa Program )
Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah ( Membantu Kegiatan Rekreasi Luar)
Kelab Rekreasi Belia Likas ( Membantu Promosi )
Kelab Wawasan Belia Likas ( Membantu Pengankutan )
Ansari & Co ( Nasihat Guaman )
Tenaga Putra ( Menyediakan peralatan )
Kumpulan Pengakap Kelana E Daerah Penampang ( Publisiti )


Hingga tahun 2015, program tersebut masih lagi diteruskan biarpun ada individu ingin mensabotaj sejak April 2015. Mereka merupakan sekumpulan peserta yang menyertai Perkhemahan pada April 2015 dan kebanyakkanya adalah ahli pengakap  Kelana Daerah Putatan. Namun ianya tidak mematahkan semangat para AJK Eksekutif Program Remaja Cergas.Diketuai oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai Penolong Pesurujaya Pengakap Daerah Putatan. Telah menyerang Program Remaja Cergas di aplikasi whatapps dan berjanji ingin membuat surat kepada Pa'Man. Pun begitu pada 20 Mei 2015 iaitu tarikh artikel ini ditulis, surat yang dikatakan hendak dihantar tidak juga diterima Pa'Man. Mungkin kah individu tersebut hanya ingin menjadi Whatapps Keyboard Warrior tidak lah diketahui.Pa'Man juga telah berhubung dengan Peguambela dari Ansari & Co iaitu Puan Erviana Ansari untuk menilai surat tersebut dari segi undang-undang.


KELEBIHAN PROGRAM REMAJA CERGAS

Selain daripada menganjurkan aktiviti rekreasi luar, Visi Sebenar Program ini adalah melahirkan usahawan baru dari kalangan bekas peserta sehingga mampu menganjurkan aktiviti yang mampu disertai oleh golongan Remaja dengan yuran yang berpatutan dan mampu menjadi sebagai profession serta memperolehi sumber pendapatan.
Hingga ke hari ini En. Hamimi Abd Rani merupakan seorang yang telah menjadi usahawan dengan menjadi penganjur dan pengurus aktiviti untuk atas nama Program Remaja Cergas.
Encik Hamimi juga merupakan salah seorang AJK Persatuan Mendaki & Kegiatan Luar Kota Kinabalu, Sabah.Kerjasama inilah yang mampu menjadikan Program Remaja Cergas semakin rancak mengadakan aktiviti untuk golongan sasaran.


NOTIS

Selepas Pihak Kami menerima aduan dari Peserta berkaitan orang luar yang melawat aktiviti anjuran PRC, maka satu notis telah dikeluarkan di akhbar Sabah Times bertarikh 30 Mei 2015 di mana hanya ibubapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan melawat aktiviti yang dijalankan. Justeru itu Para AJK PRC ataupun bekas peserta serta orang awam tidak dibenarkan melawat dan perlu memaklumkan kepada balai Polis berdekatan bagi menghindarkan tindakan Undang-Undang diambil oleh Pihak PRC.



Bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia pada tahun 2000


                                         
Bersama Ketua Menteri Negeri Sabah,
Menteri Belia & Sukan Malaysia serta
Menteri Belia & Sukan Negeri Sabah  pada tahun 2004


Bersama Menteri Belia & Sukan Malaysia pada tahun 2008


Bersama Timbalan Menteri Kesihatan  Malaysia 
pada tahun 2010


Semasa Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 1,2 & 3
anjuran Kementerian Belia & Sukan Malaysia

Menerima Anugerah Pengakap Raja tahun 1988
Keratan akhbar Sabah Times 1 April 1988 


Menjadi Fasilitator Berkelayan daripada 
Kementerian Belia & Sukan Malaysia

Lesen Perniagaan 

Keratan Akhbar Bermulanya 
Program Remaja Cergas





Aktiviti BagiTahun 2015 

































Koleksi Gambar Summer Camp Remaja Cergas 2015 




Video Bergambar Summer Camp Remaja Cergas 2015 Siri 01.


 


KURSUS ASAS REKREASI LUAR TAHAP 1

Kursus ini dijalankan semula atas minat Peserta Program Remaja Cergas dalam bidang Rekreasi Luar. Pada 12 Jun 2015, Seramai 11 orang peserta telah menyertai kursus ini dimana antara yang dipelajari oleh peserta adalah berkaitan Asas Rekreasi Luar serta Keselamatan Rekreasi Luar. Kursus ini dijalankan di Kampung Kokol Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.




KURSUS ASAS SURVIVOL TAHAP 1

Kursus ini adalah yang kedua dianjurkan atas permintaan peserta untuk mengetahui berkaitan pengetahuan survivol atau Ikhtiar hidup. Ianya bertujuan agar para peserta dapat mengetahui secara asas tentang keperluan survivol, undang-undang survivol serta pratikal survivol. Kursus ini dijalankan pada 13 Jun 2015 bertempat di Kg. Kokol , Menggatal Sabah.